![]() |
| Earth |
Sebetulnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku terhadap alam sekitar pada tika ini. Terlalu banyak kerosakan yang berlaku didalam kemajuan sesebuah negara. Masing-masing berlumba-lumba untuk membina menara pencakar langit, hotel-hotel mewah, dan sebagainya. Saya tidak menyalahkan pihak kerajaan kerana telah bermacam-macam ikhtiar mereka lakukan untuk memastikan negara terus maju disamping alam sekitar terus terpelihara. Kita sebagai orang awam seharusnya menyahut seruan kerajaan untuk memelihara alam sekitar dari terus berlaku kerosakan. Kebanyakan daripada kita hanya memerhatikan kerosakan yangg besar-besar sahaja seperti akibat daripada gempa bumi, banjir kilat dan tanah runtuh. Daripada situ kita terus saja merumuskan bahawa segalanya sudah takdir ataupun menyalahkan pihak yang berwajib. Namun tidakkah kita lihat bahawa segala yang berlaku semuanya berpunca daripada perkara kecil yang kita anggap remeh-temeh sahaja. Kita harus ingat bahawa sesuatu perkara yang besar itu tidak akan menjadi besar jika tiada yang kecil. Cuba kita bayangkan tiap-tiap hari kita buang sampah ke dalam sungai bukan kita seorang tetapi ramai lagi, apa akan jadi kepada sungai tersebut?. Senangkan sungai tercemar dan tersumbat. Memang tidak diragui bahawa air sungai yang mengalir akan membawa sampah-sarap yang dibuang ketempat lain terutamanya laut. Tetapi tidak semua sampah dapat dialirkan malahan lebih banyak yang akan mendap ke dalam sungai, ini akan meyebabkan sungai cetek dan apabila hujan lebat akan mengakibatkan banjir dan membawa kepada kerosakan yang lebih teruk lagi. Tambahan pula walaupun sampah dapat dialirkan kelaut, laut akan tercemar dan hidupan akuatik akan menghadapi kepupusan dan banyak lagi akibat yang akan diperoleh. Lihatlah hanya berpunca daripada pembuangan sampah-sarap yang kita anggap biasa tetapi mampu membawa kemusnahan yang besar. Sama juga dengan setiap kejadian yang berlaku semuanya berpunca daripada perkara yang kita anggap biasa dan ringan. Oleh itu sebelum kita membuat sesuatu perkara ingatlah apa yang akan berlaku jila kita melakukannya. Tidak susah kita hanya memerlukan 2 ke 3 minit sahaja untuk berfikir kebaikan dan keburukan yang akan kita peroleh. Jika tidak pada kita fikirkanlah untuk jangka masa panjang.
#Ingatlah penjagaan alam sekitar tidak hanya terletak di tangan pihak yang tertentu sahaja tetapi di tangan setiap makhluk yang digelar manusia.
#Jangan pentingkan diri sendiri kelak kita yang akan rugi walaupun untuk 2 ke 3 bulan kemenangan berpihak kepada kita tetapi apa akan jadi untuk 2 ke 3 tahun akan datang??
#Buangkan ego yang ada dalam diri demi mencapai keselesaan dalam hidup. Kita tidak akan rugi apa-apa malahan akan mendatangkan kebaikan kepada kita.
p/s Harap maaf jika ada perkataan atau ayat yang menyinggung perasaan.
Sama-samalah kita menjaga bumi ini..
*Alam indah hidup terpelihara......

Salam..Minho datang bw sini :) done follow you follow mine too >.< btw nice blog! loves ur car header ^^ http://windy-minholicious.blogspot.com/
ReplyDelete@Minhohye @minho..thanks to follow me and like my blog..I hope I can get the car..hehe..Sure. I will follow ur blog..^^
ReplyDelete